Dua tiga berjuta-juta
engkau satu tiada gantinya
empat lima nak bahagi buat apa
kalau satu dah cukup sempurna
Kelakar sangat
sebab bila ingat balik apa dia cakap masa duapuluhtujuh haribulan yang lepas hari ulang tahun kebersamaan kami(walau monthsary) yang setiap kali takkan pernah miss langsung dari dulu hingga ke duatahunsepuluhbulan dia sudah tidak menjalankan aktiviti tunggu sampai jam 11.59 untuk masing-masing;
"Happy annivessary sayang. Tq sebab terima saya seadanya dan blablablabla"
dan hanya sekarang baru beralasankan;
"Ala annivessary kan tiap tahun bukan tiap bulan, tak wish pun tak apa"
Hahahahahahahahha
Kelakar sangat sayang.
Habis yang hang wish tiap bulan tak pernah miss dari dulu dan sampai ke saat sekarang dimana saat cinta
dah tak manis macam dulu,
hati dah tak berbunga seribu,
baru bagi alasan bodoh hang tu?
Hari ini aku dah lupa hari keberapa tak berhubung dan bukan sengaja lupa tapi sengaja buat lupa sebab kalau boleh takmau langsung nak ingat dia
walau masih istilah 'lupa'
masih jugak check mana tau dia call atau msg hari-hari
masih tunggu mana tau ada pesanan dari dia oleh orang lain
dan jauh sekali mana nak sangka yang dia memang dah tak ingat langsung
kelakar betul sebab aku jadi desperate sampai camni
shit
"aku tak boleh hidup tanpa dia”
Belum kemana dah tahu tak boleh.
Nak lupakan orang yang pernah kau sayang tu memang tak mudah. Susah. Tapi kalau tak cuba mana kau nak tahu.
Macam mana untuk kau jatuh sayang kat seseorang tu perlukan masa, macamtu jugak untuk lupakan dia, jugak perlukan masa. Bagi diri kau masa dan ruang.
Aku pernah jugak ada dalam fasa macam nyawa tu kena tarik sama bila orang yang aku sayang pergi. Kalau saat tu kau tanya aku, Ya Tuhan, level jasad tanpa jiwa. Kosong. Setiap hari meratap pilu. Tak reti jemu. Macam mana seronoknya terbang tinggi masa bercinta sakan, macam tu jugak lah dia punya sakit terduduk kat tanah bila hilang orang yang kau sayang. Nak ubat hati tu dah macam takde penawar. Macam penghabis hayat dah. Esok nak mati.
Tapi aku lupa, masih ada remedi untuk sakit yang satu ni. Masa. Ruang.
Kalau harini kau kata kau tak kan penat merindu, tunggu lama sikit. Kalau harini kau tak kan berhenti mencinta dia, tunggu nanti. Kalau harini kau kata sayang kau pada dia tak kan pernah mati, tunggu kemudian hari.
Rindu tu akan pergi.
Cinta tu akan mati.
Sayang tu akan hilang.
Dengan izin Tuhan.
Kalau tak seminggu, mungkin sebulan, atau setahun, boleh jadi lagi lama. Takpe. Bagi masa kat diri sendiri. Masa kita untuk pulih mungkin berbeza. Sebab tahap perasaan kita pun tak sama. Tuhan tu pun tak kejam nak bagi kau rasa macam gampang untuk selamanya. Melainkan kau sendiri yang tak membenarkan dan terus membiarkan kau hidup dalam kancah penuh kesialan. Kalau harini sakit, esok akan pulih. Sabar.
Kau takkan tahu yang kau boleh hidup tanpa dia sampai lah kau duduk dalam situasi tu. Sama ada secara paksa atau rela. Semua berkaitan masa dan usaha. Ada seorang tua pernah cakap,
Jaga cinta dan sayang tu. Letak keutamaan cinta tu pada kedudukan yang sepatutnya. Mana yang dulu, mana yang kemudian. Jangan terlalu kejar yang atas tanah sampai lupa apa yang ada dekat atas sana.
Sentap.
Manusia memang mudah lupa. Terutama soal cinta. Bahagia tu sangat melekakan. Sedih tu jugak melalaikan. Baik bahagia mahupun sedih, dua-dua boleh buat manusia hanyut dalam mainan perasaan. Bahagia sampai nampak syurga semata. Sedih sampai nak campak diri dalam neraka.
Meletakkan dia pada satu kedudukan istimewa tu mungkin betul, tapi meletakkan dia teratas seolah mengagungkan tu salah. Dia mungkin sebahagian dari kau, tapi dia bukan pemegang nafas, bukan pengalir darah, bukan penggerak jantung. Kau masih boleh hidup tanpa dia. Berhentilah rasa yang dia segalanya. Dia manusia, kau juga manusia. Dia masih punya keluarga, kau jugak punya keluarga yang mana itu sebenarnya jauh lebih penting untuk buat kau berdiri tegak atas muka bumi.
Jangan terlalu cintakan dia sehingga kau lupa untuk cintakan insan yang bawak kau ke atas dunia sampai kau mampu merasa cinta.
Jangan terlalu cintakan hamba-Nya sehingga kau lupa pada pencipta manusia yang kau sedang cinta.
Melepaskan cinta sesama tu takkan buat kau mati. Buktinya, berapa ramai manusia yang masih bernafas atas kurniaan oksigen dari Tuhan selepas hilang cinta yang dulunya dikata sebahagian dari nyawa.
Salah seorangnya, aku
yang sekarang masih cuba untuk cinta yang kali ini, huh
#Terfaktabzine
Sometimes, holding on does more damage
than letting go
Memang betul dan jelas kadang-kadang bila kita terlalu taksub untuk bertahan dengan seseorang sampai lupa sakit di jiwa sendiri dengan alasan-alasan yang sangat kukuh contohnya:
1)aku dah 7 tahun kenal dia. dia dah banyak berubah sekarang. layanan dia sekarang pun dah lain tak macam dulu. aku tahu dia sibuk sebab masing-masing kejar cita-cita dan impian tapi sekarang walaupun kadang-kadang seminggu tak berhubung dah menjadi kebiasaan untuk dia
2)aku cuma sayang dia. aku cuma nampak dia je dan aku memang taknak orang lain dah. Aku taknak start everything dari kesukaan makanan dan warna, hobi atau tabiat dengan stranger. dia dah kenal aku dah tahu baik buruk aku.
3)aku sayang dia sangat. dan aku tak tahu kenapa hati dia berubah senang sekali pada orang lain
kamon girls
memang bukan senang dan mudah untuk lepas sesuatu benda yang dah menjadi sebahagian dari hidup kita. tetapi bukan bererti sukar jugak untuk ingat balik setiap keringat pengorbanan dan kasih sayang yang tak terhargai, setiap peluang yang kita dah beri dibuang dironyok banyak kali.
dunia ini luas dan tuhan itu maha pemberi
yakni jika kau jatuh dan kalah buat kali ini
ingat selalu roda berputar banyak kali
hari ini kau tersungkur mungkin esok kau pegang trofi
bukan mudah untuk lupa setiap kenangan dan rutin indah
tetapi manisnya 'move on' buat kau suatu hari nanti tersenyum gagah
percayalah
Hai la hati
Tak terubat tak tersembuhkan
Tak dipujuk tak dikuatkan
Cubalah sekali jadi berdikari
Kalau nanti dia pergi, kau dah sedia diri
Puas dah.
Aku cuba untuk:
tetapkan hati
kuatkan jiwa
betulkan niat
Puas. namun tak terdaya
Perlakuan dan perkataan buat aku tak-tersanggup harungi sekali lagi
Entri pertama aku. Lepas berpuluh blog yang aku tulis dan kemudian aku lupa password jadi harapan aku meninggi untuk blog kali ni. Mudah-mudahan tak jadi mcm past blog aku yang terbengkalai mcm tu je, sekian